Sejarah ramalan melalui tangan bermula sejak zaman prasejarah lagi. Orang Cina sudah menggunakan kaedah ramalan ini sejak 5000 tahun lalu. Aristu telah menulis risalah berkenaan ramalan melalui tangan ini pada 350 pra-Masehi. Ilmu ramalan melalui tangan ini turut dipelajari oleh orang Rom, India (lihat Ramalan melalui Tangan Vedik), Cina (lihat Ramalan melalui Tangan Cina), Arab, Ibrani, Melayu dan Mesir juga.
Terdapat dua pendekatan yang berbeza ramalan melalui tangan. Cheiromancy ia meliputi pendekatan tilik nasib merujuk kepada retak tapak tangan. Sementara cheirognomy pula dikenali sebagai analisis mengenai kekuatan dan kelemahan keperibadian seseorang. Ianya termasuk cap jari dan rajah kulit. Kebanyakannya lebih suka memilih kedua-duanya sebagai pendekatan antara yang lama dan baru.
Dengan kelebihan websites ramalan melalui tangan yang ada tersedia, saya sudah memutuskan untuk menunjukkan maklumat yang kurang dikenali dan luar biasa. Orang yang suka menikmati pendekatan psikologik seharusnya menjelajah ke website bagus Arnold Holtzman berkenaan Psychodiagnostic Chirology.
Cincin di Jari
Memakai cincin di jari telunjuk menunjukkan anda mahu menguasai.
Memakai cincin di jari hantu menunjukkan anda selalu ambil berat yang berkaitan dengan kesejahteraan dan keselamatan.
Cincin di jari manis menunjukkan anda berminat untuk hal-hal percintaan.
Cincin di jari kelingking menunjukkan anda berminat untuk hal yang berkaitan dengan komunikasi, perhubungan awam dan perniagaan.
Cincin dipakai di ibu jari menunjukkan kehendak anda menguasai situasidengan keadaan kurang menyenangkan.
Menyilangkan tangan anda
Ibu jari mana berada di atas bila menyilangkan tangan? Kalau ibu jari sebelah kanan tinggal di atas, bermakna anda suka sesuatu yang logik daripada kreatif. Anda lebih suka membuat perancangan daripada untuk menyesuaikan diri. Belahan otak sebelah kiri menguasai diri anda.
Kalau ibu jari sebelah kiri berada di atas, anda adalah tokoh kreatif yang tidak ambil pusing untuk melakukan sesuatu dengan serta-merta. Belahan otak sebelah kanan menguasai diri anda.
Jari kelingking.
Jari kelingking anda berkeadaan lekuk di jari manis?
Itu bermakna anda adalah seorang yang cerdik. Semoga anda gunakan kecerdikan tersebut untuk tujuan kebaikan bukannya bertujuan untuk kejahatan!
Jari kelingking anda berkeadaan keluar?
Anda tidak takut pada sesiapa pun dan selalu bertindak nekat.
Jika anda memegang tangan dengan longgar di atas meja atau di berkeadaan tapak menghadap ke atas, dan jari kelingking masuk ke dalam. Itu bererti anda seorang yang kuat menyimpan rahsia.
Jika jari kelingking anda pendek dan agak melengkung ke jari manis.Itu bermakna anda sering mendapat kesusahan apabila membuat hubungan atau perjanjian dengan orang lain.
Jari kelingking anda kelihatan agak terkeluar dari tangan?
Itu bermakna anda seorang yang suka kepada kebebasan. Jika berbuat perjanjian, perjanjian tersebut tidak berjalan dengan lancar sebagaimana yang diharapkan. Oleh itu berwaspada apabila hendak berbuat sesuatu.
Jari kelingking anda kelihatan agak tebal?
Itu bererti anda seorang yang suka bertengkar dan setiapkali pertengkaran anda mesti hendak menang walau apa cara sekalipun. Anda juga sering memberikan kata-kata pedih pada pihak lawan.